Thursday 30 January 2014

ayat kita, teman!

ada fiksyen,
ada hiburan,
ada cerita,
hambur kata-kata,
hujankan tulisan pada mereka!
cetus idea,
variasi warna,
ini sebuah tinta indie,
realiti juga fantasi,
genius tolak tepi,
kelas tiga punya mentaliti!
kita remaja & perasaan,
kongsi pen,
contengan berbeza,
ayat kita dua ni teman!

:-)

©piRaf

Wednesday 29 January 2014

ratu hati

dia ada padaku,
namun aku bukan dia,
bagai cengkerang hidupku,
membentuk kasih sayang tanpa jemu,
terjemahan cintanya ke dalam laku, 
tiada dua hanyalah satu,
jasa ibu ratu hatiku.

*dedicated this poem to beloved mumy,
Rapinah Matneh.

:)

©Raf

Saturday 25 January 2014

mata hati-hati

mata melihat mata,
dari mata turun ke hati,
hati melihat bukan kerana rupa,
tapi melihat bingkisan rohani.

mata melihat indah,
hati mengendah,
kerana hati lebih memahami,
mata nakal sering di tipu duniawi.

mata melihat hati,
kunci bagi jalan yang di redhai,
hati menjaga mata agar tak di nodai,
maka terpelihara peribadi.

:-)

©Raf

Friday 24 January 2014

rezeki hujung cerita

berdetak hati,
bersorak ia ku lepas,
hamburan kata,
satu per satu ku perjelas,
syukur ya rahman,
lontaran ku berbalas kritikan,
kekal aku disitu menanti cabaran,
positif itulah pegangan,
berpertuankan ilmu,
perhalusi tindakan.

detakan menurun,
hapus kedinginan,
lahir rasa teruja,
menamatkan bicra,
tinta diterima,
suatu tak terjangka,
terbayar lelah kerana puji,
merendah diri itulah kunci,
kasih ku tuju, moga diterima,
mungkin rezeki dihujung cerita.

:-)

©Raf

rentetan kata sang setia

teman,
mengapa diam saja?
kenapa sunyi tanpa berita,
bicaralah,
aku ingin mendengar suara,
rindu bersua muka,
apakah kau tak rasa?

teman,
aku salah apa?
hingga kau terlupa,
aku yang pernah menyatakan suka,
walau kau kata belum sedia,
tapi aku tak pernah paksa,
malah aku terima, dengan terbuka,
kerana kau sungguh luar biasa,
mencetus rasa setia,
walau belum terzahir kata cinta,
yang ku damba.

:-(

©Raf

Saturday 18 January 2014

kehadiran yang bererti

tika & saat ini,
mungkin dia hanya pelengkap kamar hati,
siapa tau di hujung nanti,
bahagia menanti,
terima kasih kerana menyentuh hati,
walau sempat rapuh, sebelum mati,
hadirnya tetap indah & bererti


:)

Raf & Flo

bayang simetri

terpaku berdiri,
terkunci artikulasi,
melihat bayang simetri,
menafi hati,
diakah seperti dalam memori?
atau hanya halusinasi?
ku bawa teka-teki ke dalam mimpi,
terus berkelana ia, ku lepasi,
mencari-cari,
identiti tersembunyi,
lalu berlari,
dapatkan teman, berkongsi,
biar tenang tanpa sangsi,
tersimpan rapi dalam hati,
tenang terzahir dalam realiti.

:)

Raf

Friday 10 January 2014

berteman sepi - isu 2

diam itu sunyi,
ingin sendiri walau sepi,
mungkin anti pada bunyi,
atau hati telah dikunci,
lalu aku harus sembunyi,
bersama teka-taki dalam diri,
mengapa punyai teman,
tapi enggan di temani?

:-)

©Raf

Sunday 5 January 2014

sendiri lagi

saat aku lagi sendiri,
rasaku sepi, ku benci sendiri,
aku ingin memecah sunyi,
namun ku tak punyai teman yang sudi,
bagai pondok tak berpenghuni,
menumpang kasih pada ranting memori,
dulunya bahagia bersama teman di sisi,
kini hilang tersisih,
merintih hati,
mencari-cari khilaf diri,
mungkin pernah menyakiti,
kerana lelah di sakiti,
ku rendahkan diri pada ilahi,
moga ku temu insan yang sudi,
meneman ku seikhlas hati.

:)

©Raf

berteman sepi

waktu sendiri,
berteman sepi,
duduk-berdiri,
diam, sunyi,
terasa degup jatung tiada henti,
khayalan indah terus meniti,
yang mendatang dalam bayangan,
yang berlalu dalam memori,
mengisi lompang waktu yang ku lalui,
menanti hadir bayangnya wujudkan diri.

:)

©Raf