Monday 10 March 2014

Tinta hati

Berhelai-helai tinta
Terbiar di hatiku
Tak dapat aku utuskan
Ku lipat semua,
Ku selitkan pada kepingan buku
Dan ku letakkan jauh,
Hingga lenyap dari pandangan,

Namun ia kekal,
perasaan itu terus berkarya,
kali ini penuh teka teki,
entah mengapa harus ku simpan,
semua tinta yang benar belaka,
tak pernah bohong atau dusta,
hanya aku yang berpura-pura
punyai hati yang tak berhenti bertinta.

Lalu aku kesal,
Ku cari semula,
Tinta hati yang suci,
Tak pernah sembunyi,
Mencoret cerita sepanjang melihat dunia,
Mengenali manusia yang lahirkan rasa,
Kali ini biar hati terus bertinta,
Biar hitam atau putihnya cerita,
Kerana tinta hati,

Bukti saat kita diuji.


:)

Raf

No comments:

Post a Comment