Sunday 8 June 2014

Dajal kecil

"dajal-dajal kecil itu sdg bertebaran d gelap jiwa sang manusia.
adanya jelmaannya indah bak kelipan c kunang-kunang,
meneman sepi mlm, pyeri kedukaan, teruja pd judul crta thebat! pemula langkah penyesat umat. Pd mrka bpaut d pintu taubat,selamatlah riwayat drpd d hanyut dndam kesumat"

Friday 9 May 2014

ludah berbisa

Sedar, 
hadirku hanya penumpang
pada jasad sempurna,
bernafas selesa 
pada dunia sementara,
melukut pahala 
pada kutukan hina,
sungguh! ludah manusia itu berbisa,
meninggal kesan tampak dijiwa.

:-|

raf

Saturday 5 April 2014

Bicara basi

Bila malam tiba,
Hati mula gelisah,
aku takut akan malam,
aku takut untuk sunyi,
aku sedih sendiri,
mengimbas hari yg ku lalui,
diri tak seperti dulu lagi,
tak punya insan yang mengasihi,
Tak punya teman untuk berkongsi, fuh! sungguh hidup ini seperti kuku besi,
kontrovesi, sensasi, dulu malam ku berteman,
punya teman mengisi ruangan,
kali ini tiada lagi,
malam ku hanya mengemis simpati, para pencinta sejati,
malam esok tak tau lagi,
mungkin setia menemani atau juga pergi,
bosan dengar adu basi,
yang semua di luah penuh emosi.

:-|

Raf©

Monday 10 March 2014

Tinta hati

Berhelai-helai tinta
Terbiar di hatiku
Tak dapat aku utuskan
Ku lipat semua,
Ku selitkan pada kepingan buku
Dan ku letakkan jauh,
Hingga lenyap dari pandangan,

Namun ia kekal,
perasaan itu terus berkarya,
kali ini penuh teka teki,
entah mengapa harus ku simpan,
semua tinta yang benar belaka,
tak pernah bohong atau dusta,
hanya aku yang berpura-pura
punyai hati yang tak berhenti bertinta.

Lalu aku kesal,
Ku cari semula,
Tinta hati yang suci,
Tak pernah sembunyi,
Mencoret cerita sepanjang melihat dunia,
Mengenali manusia yang lahirkan rasa,
Kali ini biar hati terus bertinta,
Biar hitam atau putihnya cerita,
Kerana tinta hati,

Bukti saat kita diuji.


:)

Raf

Sunday 2 March 2014

Pesanan ringkas

Sentuh ke kanan,
Terbuka ia jelas terlihat,
Muncul namanya berserta pesanan ringkas,
Senyum mula terlakar,
Debunga kian mekar,
Teruja mendapat berita,
Gembira membaca kalimah,
Bahasa biasa yang mudah,
Terikat hati pada makna,
Kata indah yang didamba,
Rindu kamu teman setia.

;-)

©Raf

Saturday 1 March 2014

Pergi lagi

Dia pergi,
meninggal sekujur emosi,
kaku bersendiri,
hilang konsentrasi,
tiada puisi,
udara berhembus basi,
Kaki melangkah tak bermelodi,
bernyanyi, lagu sepi,
Dia yang baru saja kembali,
sekarang langsung pergi,
Tanpa bunyi,
hanya telepati,
terdetik melalui hati.

:-(

©Raf

Friday 28 February 2014

Malam yang dirindu

Dia ibarat malam yang selalu ku rindu,
Dia malam sunyi,
Diam dan menyembunyi,
1001 cerita milikinya,
Buat aku teruja baca isinya,
Suatu penciptaan kontra,
Pada mereka yang hadir dialah yang berbeza,
Memberi tanpa menerima,
Tak juga menolak secara nyata,
Lahir suatu infiniti cinta,
Hadir tanpa di duga,
Malam yang sunyi tak bersuara,
Tiada bicara untuk mencoret cerita,
Hanya secebis memori lama,
Dia malam yang sangat memendam rasa.
Gelapnya merungkai tanda tanya,
Siapa dia? Benarkah dia?
Atau hanya sia-sia,
Malam yang tiada apa-apa sketsa,
Mungkin sebuah mimpi indah sementara,
Sebelum muncul cerita baru bersama cahaya suria,
Meninggalkan kisah semalam yang syahdu,
Dan tak akan lagi dirindu.

:')

©Raf

Sunday 23 February 2014

Hidupkan fantasi cinta kontra

Kali ini aku tewas,
gagal menawan sekeping hati,
kukuh dengan pendirian,
Tetap pertahan emosi,.
tanpa goyah dengan kejujuran yang di curah,
dia insan istimewa,
menyemai cinta,
mengundang rindu,
namun hampa untuk mendapat balas bahagia,
Mungkin diala cinta,
tapi bukan jodoh kurnia-Nya,
tak apa tak mengapa,
hadirnya tetap berharga,
terima kasih sang teman seusia,
kaulah cinta kontra yang ku damba,
Walau hanya secebis waktu bersua muka.

Izinkan daku menghidup watak mu pada fantasi cinta kontra yang ku damba, don


:'(

©Raf

Saturday 22 February 2014

Kupi-kupi malam

Saya tiada di sini,
Tapi memori itu kekal di sana,
Saat malam kotai janji,
Meja kecil tempat bersua muka,
hirup pelahan redakan panas kopi,
Berkongsi cerita aku & dia,
Dia teman muncul di mimpi,
Bisikan namanya di dalam doa,
dan mungkin bila nanti,
Bisa terluang masa.

:-)

©Raf

Tuesday 18 February 2014

Bayang semetri

terpaku berdiri,
terkunci artikulasi,
melihat bayang simetri,
menafi hati,
diakah seperti dalam memori?
atau hanya halusinasi,
dia yang baru saja aku rindui,
mustahil untuk terus hadir
munculkan diri,
sedangkan aku padanya bagai
tiada identiti yang pasti.

:-(

©Raf

Sendiri itu berani

lari,
usah sembunyi,
bersendiri bukan kerana privasi,
tak juga kerana iri,
tapi cuba mengerti,
bicara di mulut lain di hati,
inginan mereka yang sudah di miliki,
selalunya tak semetri,
tak kenal beza simpati dan empati,
tak adil pada yang di janji,
bicaranya "teman sehidup-semati",
tapi selalu dibiar sepi,
menanti,
akhirnya di mungkiri.

:-|

©Raf

Thursday 30 January 2014

ayat kita, teman!

ada fiksyen,
ada hiburan,
ada cerita,
hambur kata-kata,
hujankan tulisan pada mereka!
cetus idea,
variasi warna,
ini sebuah tinta indie,
realiti juga fantasi,
genius tolak tepi,
kelas tiga punya mentaliti!
kita remaja & perasaan,
kongsi pen,
contengan berbeza,
ayat kita dua ni teman!

:-)

©piRaf

Wednesday 29 January 2014

ratu hati

dia ada padaku,
namun aku bukan dia,
bagai cengkerang hidupku,
membentuk kasih sayang tanpa jemu,
terjemahan cintanya ke dalam laku, 
tiada dua hanyalah satu,
jasa ibu ratu hatiku.

*dedicated this poem to beloved mumy,
Rapinah Matneh.

:)

©Raf

Saturday 25 January 2014

mata hati-hati

mata melihat mata,
dari mata turun ke hati,
hati melihat bukan kerana rupa,
tapi melihat bingkisan rohani.

mata melihat indah,
hati mengendah,
kerana hati lebih memahami,
mata nakal sering di tipu duniawi.

mata melihat hati,
kunci bagi jalan yang di redhai,
hati menjaga mata agar tak di nodai,
maka terpelihara peribadi.

:-)

©Raf

Friday 24 January 2014

rezeki hujung cerita

berdetak hati,
bersorak ia ku lepas,
hamburan kata,
satu per satu ku perjelas,
syukur ya rahman,
lontaran ku berbalas kritikan,
kekal aku disitu menanti cabaran,
positif itulah pegangan,
berpertuankan ilmu,
perhalusi tindakan.

detakan menurun,
hapus kedinginan,
lahir rasa teruja,
menamatkan bicra,
tinta diterima,
suatu tak terjangka,
terbayar lelah kerana puji,
merendah diri itulah kunci,
kasih ku tuju, moga diterima,
mungkin rezeki dihujung cerita.

:-)

©Raf

rentetan kata sang setia

teman,
mengapa diam saja?
kenapa sunyi tanpa berita,
bicaralah,
aku ingin mendengar suara,
rindu bersua muka,
apakah kau tak rasa?

teman,
aku salah apa?
hingga kau terlupa,
aku yang pernah menyatakan suka,
walau kau kata belum sedia,
tapi aku tak pernah paksa,
malah aku terima, dengan terbuka,
kerana kau sungguh luar biasa,
mencetus rasa setia,
walau belum terzahir kata cinta,
yang ku damba.

:-(

©Raf

Saturday 18 January 2014

kehadiran yang bererti

tika & saat ini,
mungkin dia hanya pelengkap kamar hati,
siapa tau di hujung nanti,
bahagia menanti,
terima kasih kerana menyentuh hati,
walau sempat rapuh, sebelum mati,
hadirnya tetap indah & bererti


:)

Raf & Flo

bayang simetri

terpaku berdiri,
terkunci artikulasi,
melihat bayang simetri,
menafi hati,
diakah seperti dalam memori?
atau hanya halusinasi?
ku bawa teka-teki ke dalam mimpi,
terus berkelana ia, ku lepasi,
mencari-cari,
identiti tersembunyi,
lalu berlari,
dapatkan teman, berkongsi,
biar tenang tanpa sangsi,
tersimpan rapi dalam hati,
tenang terzahir dalam realiti.

:)

Raf

Friday 10 January 2014

berteman sepi - isu 2

diam itu sunyi,
ingin sendiri walau sepi,
mungkin anti pada bunyi,
atau hati telah dikunci,
lalu aku harus sembunyi,
bersama teka-taki dalam diri,
mengapa punyai teman,
tapi enggan di temani?

:-)

©Raf

Sunday 5 January 2014

sendiri lagi

saat aku lagi sendiri,
rasaku sepi, ku benci sendiri,
aku ingin memecah sunyi,
namun ku tak punyai teman yang sudi,
bagai pondok tak berpenghuni,
menumpang kasih pada ranting memori,
dulunya bahagia bersama teman di sisi,
kini hilang tersisih,
merintih hati,
mencari-cari khilaf diri,
mungkin pernah menyakiti,
kerana lelah di sakiti,
ku rendahkan diri pada ilahi,
moga ku temu insan yang sudi,
meneman ku seikhlas hati.

:)

©Raf

berteman sepi

waktu sendiri,
berteman sepi,
duduk-berdiri,
diam, sunyi,
terasa degup jatung tiada henti,
khayalan indah terus meniti,
yang mendatang dalam bayangan,
yang berlalu dalam memori,
mengisi lompang waktu yang ku lalui,
menanti hadir bayangnya wujudkan diri.

:)

©Raf