Saturday, 9 November 2013

Right man to love


I had the right love, 
at the wrong time.
But, I confidently believe
you are the right man, to love.

Please stay. 
Don't go. 
Beg you!


:)


Monolog Hati

© Raf

Art & Visual



Ekspresi cinta ke dalam karya,
dunia penuh bunga,
meniti di atas khayalan indah,
hakikat berbeda.

Mata pena terus melakar,
figura indah juga kecewa,
bermotifkan memori lalu yang lara,
wujud karya lahir dari jiwa.

:)

Monolog Hati

© Raf

Protagonis yang tak dianggap

Teruskan dengan persepsi kontra mu
ku selesa begini,
dengan watak antagonis ku yang kau anggap
kaulah penilai terhebat
adil bagimu untuk menghitung baik dan buruknya amalku,
bagai tiada kerja untuk kau buat
ku tak kisah untuk menjadi apa pada anggapan mu
aku selesa begini dengan cara ku
tanpa perlu untuk turuti corak perintah palsu mu
kerana aku mengetahui dan Dia juga
bakti diri ku pada mu,
tapi mungkin kau lupa,
bagai dunia hanya ada kamu saja,
aku redha, diam, bisu tanpa kata
terima kasih atas jasa,
sedarkan ku hakikat nyata,
namanya manusia itu dicipta berbeda


:<

Monolog Hati


© Raf

Bahagia milik siapa-siapa

Hari ku ceria,
ungkap doa, muka mata,
ku tatap wajah di cermin kaca,
Subahannallah! tetap sempurna.

Ku gapai selendang bunga,
ku tutup mahkota berharga,
tak lupa tag nama, 
ku pin rapi atas dada,
kemas peribadi usai jiwa.

Kilau bibir di sapa suria,
tak lengkap tanpa senyuman mesra,
mesin masa ku pakai segera,
kanta mata kaca tidak lupa,
wangi tubuh bau bunga,
mengorak langkah penuh ceria.

Rutin serupa tanpa beda seperti biasa,
terima fakta dan auta,
salin nota berjela,
kadangnya membabi buta,
ragam remaja kata teman semeja.

Ku bahagia? kata mereka
well said, ya! walau ada tangis di balik tawa,
kerana aku punya cita,
khayalan berkelana ingin gapai bahagia,
walau tak punya cinta si dia,
tapi aku punya Dia, 
murka cinta-Nya kempunan bahagia.

Hey remaja, 
bahagia itu milik siapa-siapa,
jangan terlaku suka hingga terleka,
bahagia-derita itu pilihan,
amalkan doa pandu kehidupan.

:)

Monolog hati

© Raf

Friday, 8 November 2013

Indah pada dia

"Subahanallah!"




Dia itu indah,
pada agama juga rupa,
sempurna untuk hawa,
itu kata yang selayaknya,

Indahnya dia,
watak pesona, akhlak mulia,
didik jiwa yang terjaga,
seindah pemula segalanya.

Indahnya rasa,
saat ingat dia,
hariku penuh bunga,
kadang jadi leka.

Ucap kata indah,
hati sembunyi luka,
sungguh, indah itu bukan mudah,
rindu dia sangat menduga.

Indahnya buat aku suka,
tapi dia tak sedia,
maka biar saja,
suka itu bukan paksa.


:)


Monolog Hati


© Raf


Saturday, 2 November 2013

Qalbu



Qalbu,
Ada sesuatu,
Hanya aku dan Dia yang tahu,
Mungkin juga kau tahu,
Atau kau tipu,
Hanya kau dan Dia tahu,
Apa yang kau tipu,
Atau mungkin itu hanya rasa ku

Rasa ku,
Ada sesuatu,
Membuat aku ingat kamu,
Resah sendiri aku,
Ingin berlagu tapi melodinya pilu,
Aku pilih untuk bisu,
Dan setia menunggu,
Kerana Dia lebih tahu,
Fitrah hambanya punya rasa rindu. 


:)

Monolog Hati


© Raf


Sunday, 19 May 2013

Deskritif Rawak | Tin Kosong


Mari berbahas mengenai tin kosong ^,^

Tin, sentiasa berguna walaupun setelah digunakan..(apa jenis description?) :) dalam hidup ini janganlah terus menerus memikirkan tentang kelemahan diri. Tetapi cuba fikirkan apa lg yang boleh kita lakukan untuk kita mjadi kuat, walau hanya secebis kemahiran yg kita tahu. Siapa tau, dengan secebis itu boleh menghasilkan bernaskah-naskah kebaikan kepada diri kita, kalau x pun kepada orang lain. :)

Jangan mudah putus asa!