Saturday 9 November 2013

Protagonis yang tak dianggap

Teruskan dengan persepsi kontra mu
ku selesa begini,
dengan watak antagonis ku yang kau anggap
kaulah penilai terhebat
adil bagimu untuk menghitung baik dan buruknya amalku,
bagai tiada kerja untuk kau buat
ku tak kisah untuk menjadi apa pada anggapan mu
aku selesa begini dengan cara ku
tanpa perlu untuk turuti corak perintah palsu mu
kerana aku mengetahui dan Dia juga
bakti diri ku pada mu,
tapi mungkin kau lupa,
bagai dunia hanya ada kamu saja,
aku redha, diam, bisu tanpa kata
terima kasih atas jasa,
sedarkan ku hakikat nyata,
namanya manusia itu dicipta berbeda


:<

Monolog Hati


© Raf

No comments:

Post a Comment