Dia seorang hamba Allah,
melengkapi anugerah yang diberi,
Anak kampung gigih berdikari,
yakin percaya pada diri
walau tanpa bekal ilmu universiti,
mengejar cita yang diimpi,
masa depan yang penuh misi.
Kudrat mudanya bagai seiring berjalan
di kala garis-garis lelah tampak diwajah,
tiada nada untuk berhenti,
dengan izin Ilahi
dia terus mencari rezeki yang dijanji,
buat keluarga yang dicintai.
*puisi buat abah, Rajinan bin Idin
:)
© Raf
No comments:
Post a Comment