Tuesday 24 December 2013

pesan kakak

Pagi ini sungguh dingin,
seperti enggan meleraikan lena
bersama buaian mimpi penuh cita,
apa mungkin lupa?
atau penuh getar di dada!
hey, bangun adinda!
harinya sudah tiba,
saat kau perlu menjemput kertas putih penuh makna,
bergembiralah bersama teman mu,
raikan jaya mu,
tapi ingat satu perkara,
itu hanya sehelai kertas putih biasa,
mungkin hadirnya menentukan emosi mu saat ini,
ia bisa hancur dan koyak,
kerana tiada kuasa didalamnya,
yang kekal bersamamu adalah usaha dan doa,
maka jangam bersedih,
jika kertas putih itu menyampaikan berita cuma secukup rasa,
kerana kau tetap manusia.

:-)

© Raf

No comments:

Post a Comment