Saturday 25 January 2014

mata hati-hati

mata melihat mata,
dari mata turun ke hati,
hati melihat bukan kerana rupa,
tapi melihat bingkisan rohani.

mata melihat indah,
hati mengendah,
kerana hati lebih memahami,
mata nakal sering di tipu duniawi.

mata melihat hati,
kunci bagi jalan yang di redhai,
hati menjaga mata agar tak di nodai,
maka terpelihara peribadi.

:-)

©Raf

No comments:

Post a Comment