Friday 24 January 2014

rezeki hujung cerita

berdetak hati,
bersorak ia ku lepas,
hamburan kata,
satu per satu ku perjelas,
syukur ya rahman,
lontaran ku berbalas kritikan,
kekal aku disitu menanti cabaran,
positif itulah pegangan,
berpertuankan ilmu,
perhalusi tindakan.

detakan menurun,
hapus kedinginan,
lahir rasa teruja,
menamatkan bicra,
tinta diterima,
suatu tak terjangka,
terbayar lelah kerana puji,
merendah diri itulah kunci,
kasih ku tuju, moga diterima,
mungkin rezeki dihujung cerita.

:-)

©Raf

No comments:

Post a Comment