Tuesday 26 November 2013

Celaru

kenapa dia..?
mengapa aku..?
bagaimana dia..?
apa harus aku..?
persoalan sering kali muncul dibenak minda,
menyusuri cerita hidup yang penuh liku,
kehendak hati tak selalunya terlaksana, sempurna,
ianya juga mungkin kekal, ada juga seketika,
apalah makna hidup tanpa dugaan yang tak tercapai akal
untuk memikirkannya,
tak pernah habis hati tersakiti olehnya,
siang berganti malam, nyata ke dalam mimpi,
selalu ada saja khayal indah juga hampa,
tertekan melihat bahagia manusia,
mendamba bahagia yang mereka rasa,
beroleh jaya-impian-cita,
adakah masa lalu yang duka?
adakah dugaan hari muka?
hati bermonolog tanpa henti,
membahas kisah hidup, hingga lupa mati,
kadang tak tahu arah, kadang tak pasti mahu apa,
sungguh! makin hari makin teruji makin tak tahu ingin hati,
minda lelah sendiri, kerana jiwa sering celaru.

:(



© Raf

No comments:

Post a Comment