Friday 22 November 2013

Putih kekal terconteng hina



Betapa aku sedang dihakimi ludah manusia,
saat diri mengejar keampunan dan redha Ilahi,
kisah lalu bagaikan berkaki, 
berlari pantas, seiring anjakan paradigma diri. 

Kadang aku tabah,
kadang aku rapuh,
gagal berenang ketepian,
lalu hanyut bersama arus deras kritikan.

mereka bebas berkata apa,
kerana memori tajam mereka enggan menerima,
aku yang kini songsang pada pandangan mereka,
putih hanya akan kekal terconteng hina. 


:) 

© Raf



No comments:

Post a Comment